Tidak semua sahabat akan terus bersama kita sehingga ke akhirnya. Walaupun kadang ia berjanji untuk sentiasa ada disisi. Pabila dia berpaling dan meninggalkan kita, janganlah kita menegah kerana mungkin dia sudah penat untuk terus berada disisi kita. Biarkanlah dia mencari kebahagiaannya sendiri tanpa kita disisinya. Terima kasih.
Monday, March 19, 2012
Tuesday, February 28, 2012
malu-malu kucing
Pernah kan ada masa anda-anda berperasan-perasanan dengan shabat anda? Tipulah kalau kata saya seorang je yang macam tu. ekeke Baru intro dah mula nak cover malu andai diri ni seorang je yang kerap perasan. Eh chop! Kawan-kawan saya ada je yang macam tu. So, takdelah malu sangat rasa. Baru boleh teruskan penceritaan ( nampak tak penggunaan bahasa yang agak bombastic disitu).
Kawan sekuliah yang belajar sama dari semester satu dan sekarang dah naik semester empat baru nak mintak nombor telefon tadi. Rasa terkilan sedikit menguasai lubuk hati. Dah la tu, bila nak save, boleh pulak dia tanya nama siapa eh? Terkilan lebih sedikit dari tadi makin menguasai diri.
Saya dengan penuh yakin pun menjawab ' letak nama Syafikah Comel pun takpe'. Cakap macam tu tanpa rasa bersalah pulak tu. Terlupa pulak ada orang kat kerusi barisan depan. Chinese pulak tu. Tiba-tiba one of them toleh dan tanya ' Apa dia? Syafikah Comel? waaa comelnyaaa'. Dia sebut dengan penuh perasaan sambil letak kedua-dua belah tangan kat pipi dengan mata bersinar-sinar. Serius rasa pipi mulai kemerah-merahan dan terus nak nyorok bawah kerusi. Kalau sekali takpe jugak, ni ada la dalam lima kali. *blushing teramat
Ingatkan cerita habis macam tu je. Pergi kuliah petang pulak, duduk lagi belakang barisan budak chinese. Tiba-tiba tiga orang gadis chinese toleh belakang serentak dan cakap ' Comelnyaaaaaaa' Masih dengan muka ceria sambil kedua-dua belah tangan letak kat pipi dan mata bersinar-sinar. Kali ni rasa malu tu dah berganda-ganda jadinya.
Saya pun tanya ' SJ, you bagitahu semua orang ke pasal tu?'. Dia dengan tenang pun jawab ' Eh, taklah, I share dengan empat orang sahaja'. Serius lidah terkelu diam seribu bahasa.
Sunday, February 19, 2012
jangan pulak buat tak tau
Esok hari ahad. Sembilanbelas haribulan dua. Haa mengada nak buat lupa lettew. Ahaa, esok HARUS balik ke Penang untuk teruskan perjuangan yang masih bersisa tiga semester. Kenapa lah lama sangat. Bila baru boleh kahwen ni ( mula dah mood gatal dalam diri )
Sampai bila pun, manusia ni ada je yang tak puas hati, ada je yang tak kena. Masa belajar sibuk nak kerja. Tengok orang-orang yang dah kerja pulak sibuk nak belajar balik. Okay, mukadimah tadi nak cakap kat diri sendiri sebenarnya. Cuti sebulan ni manfaatkan dengan kerja sambilan yang memang sambil habis la. Sekejap jadi tukang masak, sekejap jadi peniaga, sekejap lagi jadi babysitter. Kau hado?
Tukang masak tu terjadi bila tolong makcik catering. Penjual tu pulak bila tolong menjual makanan kat kantin sekolah. Babysitter tu pulak bila tolong jaga cucu makcik yang super duper comel auw auw. Mula dah penyakit gila bila bercerita pasal budak-budak. Yes, I am obses with kids <3 .
Tolong menjual kat kantin sekolah memang syok habis. Sebab layan kerenah budak-budak sekolah rendah yang comel. Macm-macam ragam. 'kak, nak sosej seringgit' 'kak, nak nugget serinngit' ' kak, nak ice blended'. Okay, mengaku dah mula rindu saat itu. And and, saya jumpa one handsome guy. He is HAIKAL HAKIM. I am in love with you. Dahlah babyface, putih, ada lesung pipit lagi. I wish i can meet you again. Even once :'(
Sunday, February 12, 2012
si cenonet dan saya
Saya ni memang suka panggil budak-budak kecik as cenonet. Sampaikan adik saya pun dah lekat nama Cik Enon (singkatan dari cenonet). Adalah satu hari ni, makcik call suruh saya jagakan cucu dia sebab maid dia demam. Dua orang hero. Hadif si adik dan Hazim si abang.
Baby ni baik je baring senyap, kedip-kedip mata tengok orang lalu lalang tapi sikit pun tak nangis. Sebab dia baik sangat, jadi geram tengok. Terus datang amek dukung. Sekali dah dukung tu, tanak diletak langsung. Letak je melalak, nak taknak dukung jugak la. Bila dukung boleh sengih-sengih. Suka lettew kakak ni baik sangat kak. ekehkeh
baby Hadif si mata bulat muka kacukan
Yang si abang pulak, saya rajin layan kerenah dia. Apa dia nak, saya layankan je. Bila nampak mata dia dah kuyu, saya pun buatkan la dia susu nak bagi dia tidur. Bila nampak dia dah macam nak tidur tu, saya pun tinggalkan la sekejap. Tengok-tengok menangis kuat. Nenek dia tanya la kenapa. Dia cakap nak akak tu. hewhew (nampak tak penyayang tak kitew ni)

gambar kedua tu suruh dia senyum, jadi macam tu pulak. ghasak
Makcik pun sampai perasan yang kita ni dengan budak macam tak boleh nak pisah. Bila jaga budak, mesti budak senang dengan kita. ( perasaan bangga tu datang bila kena puji macam tu). Dulu pun pernah jaga sorang anak cikgu ni. Pun macam tu jugak.
Dengan orang lain, jangan harap kau dapat angkat budak ni. Dia keraskan badan. Paling tak pun, dia nangis kasi separuh pekak jugak la bila kau sentuh. Elok je saya datang, senyum terkekek-kekek mintak dukung. Ooohh pandai budak kecik memilih kakak yang cantik ye. kihkih Pernah satu hari tu, dia merangkak sambil nangis sampai ke dapur cari kakak dia yang sorang ni.
Yang best, bila mak dia datang nak amek. Antara mak dia dan saya, dia pilih saya! Terharu pabila disayangi sampai begitu sekali :D err, ke sebab saya ni gaya macam mak-mak budak? Dan ini menandakan saya nampak tua di mata busak-budak? oh oh tidak mungkin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
